[VIDEO] Sultan Muhammad V tarik gelaran ‘Datuk’ Husam, Wan Abd. Rahim

KOTA BHARU 7 Feb. – Gelaran ‘Datuk’ yang dianugerahkan kepada Naib Presiden PAN, Husam Musa dan Pengerusi PAN Kelantan, Wan Abd. Rahim Wan Abdullah telah ditarik balik oleh Sultan Muhammad V.

Pembatalan darjah kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) (Al-Ismaili II) kedua-dua pemimpin PAN tersebut berkuat kuasa 6 Januari lalu.

Husam dan Wan Abdul Rahim dalam satu kenyataan bersama hari ini memberitahu, mereka menerima surat daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Mohd. Faudzi Che Mamat memaklumkan perkara tersebut petang semalam.

“Menjunjung sebagaimana dititahkan, kami berdua mengembalikan ketandaan darjah kebesaran dan surat pelantikan yang berkaitan kepada Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Nik Pakheruddin Nik Abdul Kadir pada pukul 10 pagi ini.

“Kami mengambil kesempatan ini untuk sekali lagi menjunjung kasih dan mengulangi taat setia tidak berbelah bahagi kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V,” katanya.

image.jpg

Kenyataan bersama itu dibacakan oleh Wan Abdul Rahim dalam sidang akhbar di Pejabat PAN Kawasan Kota Bharu, di sini hari ini. Husam bagaimanapun tidak hadir. – UTUSAN ONLINE

 

Sumber: Utusan Melayu (M) Bhd

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *