Tragedi Bakar Si Bulus

Insiden penemuan kucing dibakar berdekatan kedai serbaneka Seven-Eleven dan KFC di Rembau, Negeri Sembilan hari ni amat mengguris perasaan pencinta haiwan khususnya pencinta kucing di negara ini.

27540361_714945288712674_7182817729817741165_n

Animal Malaysia menggesa dan memohon pihak yang menyaksikan kejadian ini tampil membuat aduan langsung ke Jabatan Perkhidmatan Veterinar atau salurkan maklumat ke Animal Malaysia dengan butiran lengkap kejadian seperti masa, tarikh, hari, tempat lokasi sebenar kebakaran dan jika ada dikawasan tersebut rakaman cctv. Emailkan ke http://www.animalmalaysia.com/complaint/

 

27336192_714945272046009_299508951155650236_n

Animal Malaysia memandang berat kejadian pembunuhan haiwan seperti kucing dan anjing yang menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.

Apa nak jadi dengan bangsa Malaysia sekarang?

Sementara itu, budaya membunuh dan memakan kucing dengan membanggakan diri mengambil gambar sudah menjadi trend di beberapa negara termasuk di Indonesia dan Malaysia.

Dinegara yang bertamadun lagi membangun seperti Malaysia sudah sepatutnya wujud undang-undang ketat menegah pembunuhan haiwan bukan kategori makanan seperti kucing dan anjing atas alasan perikemanusiaan dan kesihatan awam.

 

Baca disini: Sek Kito

 

Sumber: Persatuan Haiwan Malaysia – Malaysia Animal Association

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *