Tanda-tanda Anda Terkena Sihir Atau Gangguan Makhluk Halus, Qarin, Jin, Syaitan Dan Iblis

TANDA SEMASA JAGA

1- Masak nasi, lauk pauk, cepat basi. Misalan, masak pagi, petang dah basi.

2- Tiba-tiba bau busuk atau wangi di rumah dan terus hilang. Berlaku beberapa kali.

3- Nampak kelibat orang lalu di sebelah kiri, kanan atau depan.

4- Perasan ada orang di belakang tetapi bila tengok, takde orang.

5- Kerap bunyi goli di atas dinding rumah.

6- Kerap bunyi kerusi tarik-tarik di atas dinding rumah.

7- Barang-barang electronic di rumah cepat rosak. (contohnya TV, radio, peti ais, computer..etc..)

8- Duit asyik hilang di rumah tanpa sebab.

9- Ahli keluarga rumah cepat marah-marah @ emosional

10- Tak suka duduk rumah. Rasa serabut sangat-sangat. Lebih suka dan tenang di luar rumah.

11- Selalu bergaduh di antara satu sama lain di rumah.

12- Dengar orang yang dikenali (misalan: mak, bapak, adik, abang, suami isteri…dll) panggil tapi tengok takde orang.

13- Tanda-tanda lebam di peha kaki @ mana2 anggota badan apabila bangun pagi.

14- Perubahan watak (personaliti) berlaku kpd seseorang. (Misalan, dahulu dia seorang yg ceria dan periang tapi sekarang suka menyendiri.)

15- Suka tengok cermin lama-lama @ barang-barang lama yang melampau.

16- Suka tengok bulan mengambang di tingkap.

17- Suka tengok pokok-pokok di luar tingkap rumah pada waktu malam.

18- Suami isteri makin susah nak bertemu dan duduk berbicara, susah nak bersatu. Timbul syak-wasangka yang bukan2

19- Kemesraan suami isteri makin jauh berkurangan tanpa sebab munasabah

20- Kedai / Business dahulu selalu ramai orang kunjungi tetapi sekarang berkurangan dengan teruk.

21- Terjumpa pasir, air atau benda2 pelik yang berada di depan pintu masuk rumah / kedai secara tiba-tiba.

22- Sakit kepala, sesak nafas, sakit macam-macam tetapi apabila pergi jumpa doktor, doktor kata takde apa2, normal.

23- Bila x-ray, terjumpa macam2 benda2 yang mustahil masuk dalam badan seperti staples, paku, paper clip dan sebagainya.

24- Ibadah makin berkurangan, makin malas

25- Rasa Malas melampau, mengantok luar biasa, Lemah semangat terutama menjelang maghrib

26- Rasa tidak senang / menguap bila dengar bacaan ayat-ayat Quran, Azan @ zikir-zikir

27- Menyukai/menyintai/merindui kaum sejenis (Gay, Lesbian, Homoseks, Penkid dll)

28- Hilang nafsu pada pasangan, tetapi nafsu kemuncak bila melihat orang lain yang bukan pasangan anda. Nafsu kemuncak pada orang yang diharamkan anda nikahi

29- Rasa teringin mengadakan hubungan seks dgn pasangan melalui saluran2 yang tidak diizinkan Agama seperti Dubur & nafsu menjadi kemuncak pada waktu2 yang diharamkan bersetubuh seperti waktu Haid

30- Suka makan dengan tangan kiri & merasa benci makan dengan tangan kanan

31- Gatal yang melampau pada bahagian alat sulit, celah peha, dalam kulit, sendi2 @ mana2 anggota terutama waktu senja

32- Tak boleh tengok darah @ senjata2 tajam

33- Mudah stress walau pada masalah yang kecil, mudah berdebar2 dan mudah terkejut

34- Sakit dalam perut @ gastrik melampau, migrain/sakit kepala yang melampau, sakit yang boleh berubah-ubah tempat

35- Sakit Melampau pada bahagian belakang/pinggang, sendi2 @ mana2 anggota badan walaupun anda dah berulang kali berjumpa doktor @ mengurut

36- Naluri kemuncak untuk membunuh diri @ membunuh seseorang

37- Suka makan makanan yang mentah2, masih berdarah & sukakan makanan basi

38- Kacip gigi geraham semasa tidur

 

TANDA2 SEMASA TIDUR

1- Mimpi ular, lipan @ binatang2 berbisa

2- Mimpi Darah

3- Mimpi Jatuh dari tempat tinggi @ terawang-awangan di udara

4- Sukar tidur walaupun anda sudah cukup tidur sebelum ini

5- Mimpi melihat orang2 pelik / aneh

6- Mimpi berada di kawasan tanah perkuburan @ lokasi2 aneh

7- Mimpi anak kecil bermain2 dengan anda, menyusu @ sentiasa bersama anda

8- Kerap bermimpi bersetubuh dengan seseorang yang dikenali @ tidak

9- Kerap bermimpi berjumpa dengan arwah ibu, ayah, datuk @ ahli keluarga yang lama/baru meninggal dunia

10- Mimpi bunuh diri

11- Mimpi Binatang2 Hitam seperti anjing, kucing, harimau DLL

12- Sering ditindih & rasa sesak nafas semasa tidur @ Orang melihat kita gelisah semasa tidur, menangis @ ketawa tiba2..

 

Sumber: Amjad Al Fathoni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *