Tadika Kemas perlu jadi macam Pasti

KUALA LUMPUR – Kerajaan digesa menjadikan tadika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) berkonsepkan pengajaran Islam mengikut acuan Taska Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti).

Perwakilan dari Pulau Pinang, Datuk Ahmad Darus berkata, penerapan konsep Islam pada tadika Kemas akan memudahkan usaha kerajaan menerapkan keseimbangan pengajaran agama dan pendidikan duniawi.

“Kita perlu membangunkan dan memperkasakan kembali tadika Kemas ini. Sekarang ramai yang membandingkan tadika Kemas dan Pasti. Mereka kata kalau hantar ke tadika Kemas, anak mereka hanya menyanyi sahaja.

25354034_10155126922082423_6979476155795820231_n

“Apakah kita tidak mahu melihat tadika Kemas ini ke arah konsep agama?Kan bagus kalau tadika pun dijadikan tadika Ulul Albab,” katanya dalam ucapan menyokong usul agama dan pendidikan dalam Perhimpunan Agung Umno, hari ini.

Menurutnya, tadika Kemas kebanyakannya berada di kawasan Melayu dan Umno perlu memainkan peranan menjadikan penguasaan Islam dalam kalangan rakyat diutamakan.

“Saya fikir untuk gubal konsep pembelajaran tadika Kemas ini tidak menelan belanja yang mahal,”katanya.

Sementara itu,beliau berkata, ibu bapa pada masa kini lebih tertarik untuk menghantar anak mereka ke sekolah rendah dan menengah yang berorientasikan agama agar keseimbangan antara pelajaran dan agama dapat dicapai.

Namun,katanya, ramai anak-anak yang tidak mendapat peluang memandangkan penawaran ke sekolah agama adalah terhad.

“Saya mengharapkan lebih banyak sekolah berorientasikan agama seperti Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Ulul Albab diwujudkan di negara ini,”katanya.

 

25398764_10155126922117423_607419491742386060_n.jpg

 

Sumber: Sinar Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *