Sejarah penubuhan Pondok Pasir Tumboh

Pondok ini dinamakan Al-Madrasah Ad-Diniyyah Al-Bakriyyah yang juga dikenali dengan nama Pondok Terusan Limbat, Pasir Tumboh.

download (1).jpg

Ia terletak kira-kira 11 km dari Bandar Kota Bharu dan jaraknya dari jalan utama Kota Bharu-Pasir Puteh pula ialah sebanyak 1 km. Pondok ini juga berdekatan dengan perumahan Desa Darulnaim dan juga MRSM Pasir Tumboh.

Ia ditubuhkan pada 1954M oleh 2 orang adik beradik iaitu Tuan Guru Hj Mustafa b. Abu Bakar dan adiknya Tuan Guru Hj Abdul Aziz. Setelah pulang ke tanahair pada tahun 1953 daripada pengajian mereka di Makkah, mereka mulai mengajar di atas balaisah kepunyaan ayahandanya.

Pada tahun 1954, dengan usaha mereka bersama bapa sepupunya Hj Yazid b Hj Yaakub b Hj Ghani, Penggawa dan orang-orang kampung maka sebuah madrasah untuk tempat berjemaah dan belajar berjaya dibina. Ia dinamakan Al-Madrasah Ad-Diniyyah Al-Bakriyyah sempena nama ayahanda tercinta.

download.jpg

Pada peringkat awal penubuhannya, bilangan pelajar (lelaki) hanya 50 orang sahaja. Pengajian dijalankan disebuah madrasah kayu yang berukuran 40 x 30 kaki.

Pada tahun 1984, Tuan Guru Hj Mustafa telah meninggal dunia dan diikuti oleh adiknya pada tahun 1987. Adik ipar mereka, Tuan Guru Hj Hashim b Abu Bakar telah menggantikan tempat mereka sebagai Mudir Madrasah. Sehinggalah sekarang beliau merupakan antara ulamak tertua yang masih lagi ada di negeri Kelantan ini.

Generasi demi generasi silih berganti, hinggalah ke hari ini, dengan izin Allah, madrasah ini telah melahirkan  ramai tokoh ulamak pendokong utama Ahli Sunnah Wal Jamaah, alhamdulillah.

 

Sumber: Ikatan Jamaah Anak-anak Selangor dan Kuala Lumpur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *