Saman Ibu Bapa Kerana Nama!

Mereka yang mempunyai nama yang pelik atau nama yang memberi maksud yang memalukan sentiasa menjadi mangsa ejekan dan buli oleh rakan-rakan sebaya terutama sekali ketika di zaman kanak-kanak sehingga remaja.

Begitulah yang terjadi pada remaja lelaki yang berusia 17 tahun ini apabila kedua ibu bapanya memberikan namanya sebagai Gaylord William ketika lahir yang menyebabkannya menjadi mangsa buli dan kutukan secara serius.

Akibat daripada itu, remaja yang berasal dari bandar kecil Kirksville,Missouri ini telah bertindak untuk memfailkan tuntutan sivil terhadap kedua ibu bapanya, Dave dan Carol Williams kerana sengaja membuat hidupnya sengsara dengan memberikan nama pertamanya yang disifatkan ketinggalan zaman dan memudaratkan.

Tambah Gaylord, kedua ibu bapanya mendakwa bahawa kelahirannya adalah tidak dirancang dan ianya telah merosakkan kehidupan mereka.

Disebabkan itu, mereka telah menamakannya dengan nama yang memalukan kerana mahu hidupnya juga rosak sepertimana kelahirannya telah merosakkan kehidupan mereka sebelumnya.

“Mereka memberitahu saya beberapa kali bahawa saya adalah satu kemalangan dan saya telah merosakkan hidup mereka.

Apabila dia mabuk, ayah saya mengakui bahawa mereka telah menamakan saya seperti itu untuk merosakkan hidup saya seperti saya telah merosakkan mereka.”


Tambah remaja malang ini lagi, rancangan mereka untuk menghancurkan hidupnya berjaya kerana beliau bukan sahaja dihina dan dibuli, malahan telah diserang secara fizikal beberapa kali sehingga dikejarkan ke hospital.

Beliau juga pernah cuba untuk mendapatkan kebenaran daripada mereka untuk mengubah namanya, tetapi mereka menolak!

“Kehidupan saya sengsara! Saya tidak boleh menunggu sehingga saya berumur 18 tahun untuk mendapatkan hak mengubah nama saya tanpa persetujuan ibu bapa saya!

Disebabkan gagal mendapat kerjasama daripada kedua ibu bapanya, beliau akhirnya bertindak untuk memfailkan saman sebanyak $250,000 (RM1.1 juta) untuk segala penderitaan yang berpunca daripada mereka.

Dalam pada itu, kedua ibu bapanya menyangkal keras dakwaan tersebut dan mengakui yang mereka menamakannya dengan nama Gaylord kerana sukakan nama tersebut.

Walaubagaimanapun, terdapat laporan yang menyangkal dakwaan yang remaja tersebut ada menyaman kedua ibu bapanya.

Sumber: Kisah Dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *