Ramai yang lupa tentang scabies dan akhirnya ruam melarat dan dijangkiti kuman

Ibubapa perlu ambik tahu tentang ruam-ruam pada bayi anda. Terutama ibubapa muda.

Nasihat dibawah ini dari Dr. Aishah wajar diambil serius,

—————————————————————————————————————————————–

Ini adalah beberapa jenis ruam yang saya temui di klinik minggu ini. Dalam masa seminggu, pesakit dengan bermacam jenis ruam ‘luarbiasa’ datang!

Ya, jangkitan-jangkitan virus seperti measles, HSV dan varicella zoster semakin common di kalangan kanak-kanak di bawah 2 tahun😔

Tetapi, ramai yang lupa tentang scabies. Ia bukanlah jangkitan virus, tetapi hanya ruam disebabkan pepijat. Malahan, rawatannya sangat mudah. Tetapi selalu diambil endah sehingga dibiarkan berbulan bulan dan akhirnya ruam melarat dan dijangkiti kuman (gambar 1)

1

(Gambar 2,3 adalah ruam HSV)

2

3

Tanda-tanda ruam Scabies:

– jenis bintik-bintik, timbul, tidak bercantum
– biasanya mula di bahagian tangan atau kaki
– sangat gatal
– berada di celah-celah jari tangan/kaki
– tanpa rawatan yang tepat, ruam tidak hilang walau berbulan-bulan
– ahli keluarga lain juga mempunyai ruam yang sama

5

4

Harap sedikit sebanyak dapat membantu. Kalau tidak pasti, tanyalah doktor anda! 😊

 

Sumber: FB Dr Aishah Alsagoff

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *