Nak mata cantik? Elakkan dari melakukan 3 cara ini

Sekiranya anda memakai maskara dengan cara yang salah akan membuatkan penampilan anda lebih tua dan matang.

Oleh itu jom semak cara tip ini agar kitatidak mengulangi kesalahan yang sama lagi:

1. Tidak mengoles maskara hingga ke akar

Ada sebahagian wanita yang mengoles maskara pada hujung bulu mata atau pon bahagian paling tengah sahaja. Cara YANG BETUL, bulu mata harus yang dioles dengan maskara dari pangkal akar bulu mata hingga ke hujung bagi mengelakkan ia bergumpal di bahagian tengah.

368559_merias-mata-denan-maskara_663_382

2. Jangan oles maskara pada bulu mata yang pendek

Bagi yang memiliki bulu mata yang dibahagian bawah yang agak pendek, jangan sesekali memaksa diri untuk mengoles maskara. Sekiranya anda berdegil, sapuan maskara itu boleh mengena kulit dibawah mata sekaligus mencomotkan penampilan kerana kantung mata anda akan tampak gelap seperti mata panda.

 

3. Jangan oles berkali-kali, tunggu sehingga kering sebelum ulang sapuan

Setelah mengoles maskara pada bulu mata, tunggu sehingga ia kering terlebih dahulu sebelum mengoleskannya semula. Jangan oles berkali-kali sebelum ia betul-betul kering bagi mengelakkan ia bergumpal atau pon bulu mata anda melekat antara satu sama lain.

 

Sumber: Kumpulan Media Karangkraf

Pesona pengantin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *