Mitos ‘baby walker’ mampu membantu anak berjalan

29

 

Assalamualaikum Dan Salam sejahtera…

Kalini sy nak berkongsi ttg keburukan penggunaan walker…
Bagi taska atau baby sitter yang berdaftar..kita sedia maklum bahaya Dan keburukan penggunaan baby walker yg mitosnya dipercayai membantu anak cepat berjalan..betul ke?

Tak betul…

Jom sy ceritakan fakta…buleh share utk maklumat bersama…

Ia ‘against’ sosiologi anak..sepatutnya
..bermula dgn rolling…angkat punggung..duduk merangkak..then berjalan..tapi kita p taruk dlm walker utk CEPAT berjalan..kenapa nak cepat?nak masuk lumba lari diusia 2 tahun ke?

Tanpa kita sedar…Bila anak duduk dlm walker..ia meletakkan support di punggung sepenuhnye pdhal belum Tiba masa tulang punggung mampu support the whole body lagi..tapi kita nak juga..sbb nak anak CEPAT..
Cth…kita Bina rumah…letak simen Dan buat tiang..belum kering kita dah letak mcm2 kat atas..structure simen Akan jd xcantik..mungkin Akan senget..mungkin Akan jatuh..ada faham?
Penggunaan walker hilang support dibawah..sbb dia duduk..so lutut Dan ke bwh xbkerja keras

Risiko kecederaan…jatuh tangga atau step walaupun 1tapak dapur mungkin rendah sikit dari ruang tamu….sedangkan anak yg dh besar kita larang main roller skates dlm rumah..bahaya…nak main skate di tmpat lapang..dah kenapa walker boleh pulak..ia pon beroda..hmmm

Risiko kecederaan ke 2
capai benda tggi mcm api..kipas..tersepit pintu..capai mcm2 yg sengaja diletakkan tinggi utk keselamatan..

Risiko kemalangan
walker 3kali ganda laju 3ft dlm 1saat…sangat laju untuk usia baby…kalau jatuh pulak..risiko baby shaken..nauzubillah

Mengikutt statistik, majority xcden terjadi semasa pantauan…depan mata…xpe..sy pantau anak sy semasa dia guna walker…adoi..sukahati lah..kita nasihat je

Melambatkan Perkembangan motor seterusnya efek pd mental..setiap kanak-kanak perlu distimulasi kesemua deria sensory bagi memastikan tiada lompongan..tahukah anda..salah satu terapi speech delay adalah merangkak…merangkak ok..bukan me walker…

kemahiran terbantut dgn adanya kekangan walker
sensory terganggu, mata tidak dpt melihat pergerakan kaki, sentuhan diminimumkan kerana ia sepatutnya secara optimum…

tekanan tulang kerana berdiri tanpa support yg spatutnya…pokok yg belum sedia berbuah..tetap tidak Akan berbuah…ada faham?

Jadi kenapa kita masih lagi degil..gigih membeli walker..meletakkan anak didalamnya..sedangkan betapa banyak keburukan walker…

Alasan favorite yg sy personally dpt..

Utk keselamatan..xnak anak dipijak..wah…Adakah rumah ramainya org seperti shopping mall…

Takut anak mengutip brg2 bersepah atas lantai. Jadi sepatutnya anda membeli penyapu, mop Dan vacuum..bersihkan rumah..bukan walker…

Mudah utk sy membuat kerja…nak masak..sidai baju..cuci baju…sbb itulah kita adalah ibu bapa…kena pandai bahagikan masa…jika anak mengejar kita..maksudnya kita belum cukup luangkan masa dgn anak…

x001_002_719_pic.jpg.pagespeed.ic.ZmCIHrJFgT

Anak pakai walker dirumah bs…rumah sy x…seharusnya ibu bapa mencari penjaga/bs yg faham ttg awal kanak-kanak.. Jika bs menggunakan walker…sila halang..Dan jika tidak boleh..pilih bs yg mempunyai pengetahuan awal kanak-kanak…

Nasihat ini dibawakan secara santai dalam bahasa mudah utk lebih senang difahami..

Tepuk dada tanya selera…pilihan ditangan anda..kerana sy juga ibu kepada anak kecil Dan saya memilih untuk tidak mengetepikan fakta Dan guide dari pendidikan awal kanak-kanak… Kerana anak adalah amanah…

 

Sumber: Teacher Ina (Pengerusi Koppakks)

Gambar sekadar hiasan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *