Misteri api di Kampung Penambang Mas, Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB)

Kemunculan api misteri membakar beberapa barang di dalam rumah milik sekeluarga di Kampung Penambang Mas, Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB), di sini, sudah berlarutan selama 10 tahun.

Namun, kebakaran ketika itu berlaku kecil-kecilan sehingga jam 10.30 pagi semalam, ia memusnahkan rumah mereka dan rumah saudara yang terletak bersebelahan kediaman itu.

Turut terbakar 20 peratus adalah rumah jiran mereka.

“Kebakaran itu pun puncanya daripada api misteri yang membakar kain di atas tong gas di dapur, selain tilam dan sofa,” Wan Norfatiha Wan Hanafi, 19 berkata ketika ditemui semalam.

Menurutnya, keluarga mereka bercadang mengadakan solat hajat malam semalam untuk memohon keselamatan mereka daripada bencana terbabit.

“Malangnya belum sempat solat hajat diadakan, kejadian itu berulang kembali dan memusnahkan rumah kami.

“Sebelum ini sudah puas kami berikhtiar dan memanggil ustaz memulihkan keadaan kerana tidak tahu mengapa api misteri ini tiba-tiba muncul,” katanya.

“Alhamdulillah kami sekeluarga terselamat. Cuma harta benda di dalam rumah saja yang gagal diselamatkan.

“Sebelum ini, saya memang sudah dimaklumkan keluarga mereka mengenai api misteri itu yang muncul secara tiba-tiba, namun tidak sangka ia mengakibatkan rumah kami musnah sepenuhnya.

“Apapun, saya bersyukur kerana tiada yang cedera,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, seramai 25 anggota termasuk pasukan bomba sukarela bersama enam jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Pengkalan Chepa serta Darulnaim ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan jam 10.34 pagi

Menurutnya, pasukannya mengambil masa 15 minit untuk mengawal api daripada merebak ke rumah berhampiran.

 

Sumber: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *