Membunuh dan Memakan Kucing Menjadi Trend

Budaya membunuh dan memakan kucing dengan membanggakan diri mengambil gambar sudah menjadi trend di beberapa negara termasuk di Indonesia dan Malaysia.

26994137_714635815410288_3977952097879702599_n

Dinegara yang bertamadun lagi membangun seperti Malaysia sudah sepatutnya wujud undang-undang ketat menegah pembunuhan haiwan bukan kategori makanan seperti kucing dan anjing atas alasan perikemanusiaan dan kesihatan awam.

27336601_714635888743614_6650498726447134637_n

Di negara kita, seluruh rakyat Malaysia masih tidak melupakan insiden ngeri menembak mati anjing yang kerap berlaku dan antaranya dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) di Malaysia antaranya kes Majlis Daerah Rompin yang menembak mati anjing berlesen dan mempunyai pemilik dalam kompaun kediaman.

27336615_714635835410286_1472882520531894831_n

Jom bersama Animal Malaysia merealisasikan hasrat menjadikan matlamat membantah pembunuhan kucing dan anjing sebagai makanan di negara Malaysia.

27458971_714635915410278_4820797934584583180_n

Animal Malaysia perlukan sokongan 10,000 orang peserta berdaftar menyertai Animal Malaysia sebagai satu suara kuat untuk usaha ini.

26907825_714635952076941_4188467535579950763_n

Daftar secara online di http://www.animalmalaysia.com/friends-of-animal/

Tanpa masyarakat semua siapalah Animal Malaysia. Membanteras pembunuhan kucing dan anjing adalah matlamat Animal Malaysia!

26992290_714636022076934_8468771338551136476_n

Foto : Pembunuhan Kucing menggunakan senjata api di Indonesia.

 

Sumber: Persatuan Haiwan Malaysia – Malaysia Animal Association

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *