Kelantan Pilihanku!

Kawan saya tanya

Kenapa tak cari kerja kat Lembah Klang aje ? Kat sini kan kerja berlambak. Kalau kat Kelantan, apelah sangat ade.

Saya ada sebab saya sendiri kenapa saya tetap memilih untuk bekerja di Kota Bharu.

images

Tidak dinafikan kerja kosong berlambak dan pelbagai di Lembah Klang. Hanya pada tuan punya badan terserah untuk decide yang mana sesuai untuknya. Yang penting jangan terlalu memilih, jika peluang datang, terus grab and hold it tight.

Kalau nak dibandingkan Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya dengan Kota Bharu, tak boleh dibandingkan. Semua serba serbi terlebih kat Kuala Lumpur. Dengan Subang Jaya pun Kota Bharu kalah, apatah lagi dengan metropolitan Kuala Lumpur. Cakap aje nak shopping kat mane, nak berhibur kat mana, nak hang up kat mana, nak ape lagi, semua ada kat sana.

KOTA BHARU

Tapi dari satu segi, ada satu benda yang takde kat sana kat Kelantan ada, iaitu I feel good here which I dont find it at KL. Setakat nak beli baju selai dua, kat sini pun boleh, tak perlu tempat segrand Pavilion ataupun Farenheit 88 takpun Suria KLCC. Sudah cukup untuk pergi ke KB Mall, the only and only shopping complex di Kota Bharu. Nak berhibur ?? Hiburan macam mana tu ?? Adakah terlompat-lompat dalam disco atau menjerit sampai tercabut anak tekak dekat concert baru dikira hiburan sebenar. Kalau macam tulah bentuk hiburan yang dicari, saya tak pegi pun tak ape. Kokokan ayam bersahutan di subuh hari dah dikira hiburan kat saya. Kat KL, sukar sekali nak dengar kokokan ayam. Salakan anjing tu adelah.

4113728613_b09a10ed0b_b

Memang pada mulanya saya struggle untuk cari kerja di sini even untuk bidang kritikal. Berbulan saya jadi job hunter, tengok sana tengok sini, tanya sana tanya sini. Thanks to technology, lebih senang untuk saya menengok takut2 ada kerja kosong. At last, rezeki ada untuk saya walaupun salary tak boleh dibandingkan dengan di Lembah Klang untuk jawatan sama. Tapi saya bahagia disini. Dekat dengan keluarga, hidup dalam suasana kekampungan. Memang damai sekali jiwa nie. Rasa nak keja pun jadi bersemangat semacam.

1

 

Sumber: Maafsebut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *