[GEMPAR] NENEK AKUI DIBAYAR RM50 NAIK JAMBATAN ROSAK

Video pengakuan diakhir artikel

1. Semalam tular satu video seorang warga emas menaiki jambatan rosak, jambatan yang sama yang dilalui oleh bapa yang tidak bertanggungjawab yang membawa anak kecilnya kononnya ke sekolah.

.
2. Video itu dirakam oleh Kosmo dan telah tersebar luas.

3. Dikatakan warga emas itu kerap menggunakan jambatan yang sudah rosak itu. Warga emas itu menggunakan jambatan itu untuk ke hospital dan menggunakan jambatan yang sama untuk membawa anaknya yang sakit jantung ke hospital.

.
4. Begitulah ceritanya seperti yang diberitakan oleh wartawan Kosmo.

5. Namun hari ini tular satu video individu yang sama menafikan rakaman Kosmo tersebut.

.
6. Warga emas itu menafikan menggunakan jambatan itu selepas ia rosak. Menafikan ke hospital menggunakan jambatan itu. Dan menafikan membawa anak yang sakit jantung menggunakan jambatan itu juga.

.
7. Malah lebih mengejutkan warga emas itu mengaku menerima bayaran sebanyak RM50 untuk dirakam oleh wartawan Kosmo.

.
8. Timbul persoalan, siapa yang betul, siapa yang tipu? Adakah wartawan itu menipu? Atau warga emas itu yang menipu?

.
9. Apa pun video itu sudah tersebar luas. Khawarij telah pun mengambil kesempatan dari video rakaman tersebut untuk menghasut dan menghina pemerintah.

.
10. Orang ramai pula share video tersebut tanpa memeriksa kesahihan cerita sekaligus telah terfitnah pihak yang tidak sepatutnya.

11. Tak pasal-pasal dapat dosa kering. Sabda Nabi, “Barangsiapa yang memberi petunjuk pada keburukan, maka dia akan mendapatkan dosa dari perbuatan buruk tersebut dan juga dosa dari orang yang mengamalkannya setelah itu, tanpa mengurangi dosa mereka sedikit pun juga.” [HR. Muslim no. 1017].

.
12. Yang menipu sudah tentulah dia penipu. Tapi yang share video juga Nabi kata sama penipu. Sama kazzab. Sabda Nabi, “Cukup seseorang dikatakan KAZZAB (pendusta), jika dia menceritakan segala apa yang dia dengar.” [HR. Muslim no. 5].
Kredit video: Yusman Zahari Zakaria

Video pengakuan nenek tua dibayar rm50 sebagai bayaran untuk meniti di jambatan yang rosak.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *