GEMPAR! – Baru Bebas Beberapa Minit, Datuk Boy Iman Dicekup Semula

Kecoh satu negara apabila tiga suspek kes penipuan jualan rumah kos rendah melibatkan kerugian hampir RM6.2 juta. Ketiga-tiga suspek telah bebas tahanan reman pada petang Rabu.

Namun, ketiga-tiga suspek ditahan semula dan dibawa ke dua negeri yang berasingan untuk siasatan lanjut.

 

Mereka yang ditahan semula ialah Pengarah Urusan DBI Properties, Datuk Boy Iman. Memetik laporan Mstar Online, suspek dibebaskan 6 petang Rabu selepas tempoh reman berakhir.

 

Walau bagaimanapun, kes masih lagi disiasat dan mereka akan direman semula pada Khamis. Perintah tahanan Datuk Boy Iman dipohon di Muar manakala dua lagi suspek di Nilai.

 

 

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, jumlah laporan polis bertambah dari 188 ke 201 berkaitan penipuan jualan yang dilakukan oleh suspek.

 

Beliau berkata, kesemua laporan polis tersebut dibuat di seluruh negara. Boy Iman dihantar ke Ibu Pejabat Polis Daerah Muar (IPD) untuk direman bagi siasatan lanjut di sana.

 

“Kes masih disiasat. Pihak polis akan memanggil beberapa lagi individu untuk membantu siasatan,” kata Acryl Sani pada Rabu malam.

Sumber: Kaki Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *