Gadis Bertudung Dikecam Kerana Trolley

GEMPAR GADIS TUDUNG JADI MANGSA NITIZEN LAGI !

Tebaru, seorang gadis dikritik nitizen kerana tindakan luar sedar beliau menggunakan troli untuk barangan yang tidak halal. Namun demikian wanita ini mendapat sokongan dan pembelaan daripada orang ramai yang mempersoalkan pihak yang mengambil gambar wanita ini tidak memberi nasihat dan teguran atas ketidaksedaran wanita ini. Kita sepatutnya menjadi warganegara yang bertanggungjawab bukan hendak glamour sahaja.

.

Jika anda terjumpa situasi seperti ini. Apakah tindakan yang anda akan lakukan? Jangan lupa tanggungjawab kita sebagai muslim, saling mengingati tentang kebaikan dan mencegah kemungkaran.

.

Diri sendiri juga kenalah peka dan berhati-hati menggunakan atau memilih barang keperluan. Pastikan halal dan disahkan oleh pihak JAKIM.

.

30 Tips Pengguna Bijak

.

1. Jangan mudah terpengaruh dengan IKLAN dengan maklumat yang keliru serta yang selalu mengeksploitasi kaum wanita yang dijadikan sebagai model.

.

2.Elakan penggunaan kad kedit kerana anda akan cenderung untuk berbelanja lebih dan bersikap boros, bawalah wang tunai yang secukupnya ketika membeli.

.

3. Beli barangan secara pukal lebih murah berbanding membeli barangan dalam kuantiti yang sedikit.

.

4. Buatlah belanjawan sebelum membeli belah.

.

5. Bandingkan yang mana satu keperluan ataupun kehendak, keperluan harus didahulukan berbanding kehendak.

.

6. Berjimat cermat amalan mulia, bertabunglah walaupun sesen kerana sikit-sikit lama-lama jadi bukit!

.

7. Semasa membeli-belah di pasaraya, pilihlah raga/bakul berbanding troli untuk mengisi barang, kerana hal ini akan membantu anda untuk bersederhana ketika membeli-belah!

.

8. Lihatlah katalog barangan sebelum membeli belah, belilah barangan yang ada promosi, ini akan membantu anda untuk berjimat!

.

9. Gores dan menang, jangan terpedaya. Pengguna yang bijak perlu bertindak secara rasional.

.

10. Masak di rumah lebih jimat berbanding makan di luar.
.

Sumber: Kopi satu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *