Facebook Akan Mengalami Perubahan Besar-Besaran – Mark Zukerberg

12 Jan – Facebook akan membuat perubahan besar untuk menjadikannya sebuah media sosial yang lebih bermakna untuk para penggunanya.

Pengumuman itu dibuat oleh pemiliknya sendiri, Mark Zuckerberg di dalam entri terbaru melalui akaun facebook rasmi miliknya baru-baru ini.
Dalam status terbaru yang dimuat naik itu juga, Zuckerberg mengatakan ‘Facebook News Feed’ telah menjadi terlalu padat yang datngnya daripada berita tentang perniagaan, jenama dan media.

Dia percaya bahawa perkara ini terjadi kerana rangkaian sosial telah hilang punca daripada matlamat sebenar yang membawa kepada kurang pendekatan kepada pengguna.
Ini menjadikan Facebook menerima pelbagai kritikan kepada masalah sosial dan masalah politik seperti pembuli siber dan berita palsu.
Dalam menyelesaikan masalah itu, Zukerberg mengatakan akan menjadikan Facebook lebih baik kepada pengguna.
Beliau juga menulis, sejak Facebook lebih banyak tertumpu kepada kandungan umum daripada rakan-rakan dan keluarga, keseimbangan yang ada dalam suapan berita telah menyimpang jauh dengan apa yang sepatutnya Facebook mampu lakukan iaitu menghubungkan dengan sesama sendiri.

Perubahan ini bermakna ‘posting’ umum daripada penerbit seperti berita organisasi akan menjadi berkurangan di dalam suapan berita. Sebaliknya, ia lebih kepada interaksi bersama rakan dan keluarga.
“Tetapi saya akan memastikan, masa anda bersama Facebook akan lebih bermakna.”
 
“Jika kita membuat perkara yang betul, saya percaya ia akan menjadi baik untuk komuniti kita dan perniagaan kita untuk jangka masa yang panjang juga,” katanya.

Facebook yang telah diperkenalkan sejak 2004, telah memiliki lebih 2 billion pengguna setiap bulan, dan menghampiri populasi ketiga dunia.
Pengasasnya Mark Zuckerberg kini memiliki harta anggaran sebanyak $74 billion dan menjadikan beliau individu kelima terkaya di dunia.
Sumber: Mark Zuckerberg via Siakap Keli 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *