Cakap dengan Al Quran tu, kita nak bersahabat dengan dia

Ustaz Pahrol Mat Juoi kupas tentang isu LALAI di siaran IKIM

 

Tanda-tanda lalai antaranya:

  1.  Kurang membaca Al Quran
  2. Kurang berzikir
  3. Lalai dalam solat, kurang ingat pada Allah; tidak fokus, sering terlupa bilangan rakaat, melewatkan solat, kurang solat jemaah
  4. Banyak membuang masa; untuk hiburan
  5. Kurang atau malas berdoa. Kalau berdoa, tidak ada penghayatan, pakat hafal saja.
  6. Memanjang sibuk dengan urusan dunia; mudah stress
  7. Cara hidupnya menyerupai musuh Islam
  8. Tak berhati-hati dengan perkara yang syubhah dan haram

 

download

Ada juga Ustaz sebut; jarak antara hati kita dengan ketenangan, ibarat ‘jarak’ kita dengan Al Quran.

Pesannya, beli Al Quran guna duit sendiri.

Pilih ikut citarasa kita.

Cakap dengan Al Quran tu, kita nak bersahabat dengan dia.

Akibat lalai:

  1. Kurang semangat nak beribadah, tidak suka baca quran
  2.  ‘Bunuh’ kebaikan yang kita buat; kita tak nampak berbuat baik itu suatu yang utama
  3.  Hilang fokus dalam hidup
  4. Mudah lesu dan buntu,sentiasa rasa esok masih ada.

Sebab-sebab lalai:

  1. Mengulang-ulang dosa kecil sampai jadi kelaziman
  2.  Berkawan dengan orang-orang yang lalai
  3.  Berada dalam persekitaran ‘rosak’ (Contoh: pergaulan bebas dengan bukan muhrim, dedah aurat dan buat maksiat), berada di situ bukan untuk tujuan berdakwah
  4.  Tidak berzikir
  5. Terjerat dalam perancangan-perancangan licik musuh Islam (Contoh: berlebihan dalam mendengar lagu, tonton filem dan rancangan sukan )

Cara-cara untuk atasi:

  1. Cari sahabat yang baik
  2. Hadiri majlis ilmu
  3. Bagun mlm dan solat
  4.  bnykkan zikir
  5.  rajin baca quran
  6. Bersangka baik dgn org lain.

Share lah jika ia memberi manfaat.

 

Sumber: Ananymous FB

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *