Bertahun-tahun Satu Kesan Sampingan Mengandung Ini Tidak Hilang

Ibu hamil pernah rasa tangan atau jari-jemari rasa kekebasan, berdenyut-denyut? Itu petanda sindrom carpal tunnel! Bincang dengan doktor jika ibu mengalami tanda-tanda ini.

Saya pasti semua ibu sedang fikirkan masalah stretchmarks, kan? Tapi itu bukan topik kita hari ini.

Semasa saya sedang mengandung, saya sudah bersedia secara mental untuk mengharungi pelbagai kesan sampingan apabila hamil ini.

Mabuk hamilpayudara kembang, kaki kembangsakit tulang belakang atau emo? Saya tak takut, lagipun ia cuma berlaku sepanjang anda mengandung sahaja.

Tetapi kesan sampingan ini jauh lebih teruk dari stretchmarks! Ia adalah sindrom carpal tunnel atau sindrom terowong karpal.

Gejala-gejala biasa sindrom carpal tunnel adalah:

  • Kebas (semut-semut) tangan dan jari pada waktu malam terutamanya pada ibu jari, jari telunjuk, jari hantu dan kadang-kadang melibatkan jari paling kecil.
  • Rasa kebas dan menyengat di tangan.
  • Meluap-luap rasa sakit di tangan atau jari-jemari.
  • Sakit dan kebas mungkin dirasakan menjalar ke atas sehingga ke lengan ataupun bahu.

Dalam kes sindrom terowong karpal yang teruk, kehilangan deria rasa pada jari dan otot tapak tangan boleh semakin merosot.

Apakah penyebab sindrom ini?

Sindrom carpal tunnel berlaku apabila urat saraf yang membekalkan deria rasa kepada tangan dan jari tersepit di pergelangan tangan.

Ini selalunya disebabkan oleh bengkak urat-urat lain yang berada di sekitar saraf tersebut sehingga rasa sakit atau kebas di bahagian tangan dan jari pesakit.

Antara sebab-sebab lain termasuklah:

  • Patah tulang di tangan ataupun di pergelangan tangan
  • Pemendapan air di kawasan berkaitan seperti waktu mengandung ataupun pada pesakit kencing manis.
  • Ketumbuhan di sekitar laluan carpal tunnel.
  • Beberapa penyakit

Bila sindrom ini bermula?

Pada mulanya saya anggap sensasi kebas itu perkara yang biasa kerana saya tidak merasakan sebarang kesakitan lain.

Tapi sekitar bulan ke-5 kehamilan saya, badan saya mula bengkak.

Selain menghadapi masalah untuk tidur dan tidak dapat memakai kasut kegemaran saya, edema teruk ini telah mencubit saraf median di pergelangan tangan saya.

Akibatnya, tangan saya sering rasa sesemut dan kebas sehingga berasa tidak selesa untuk menulis atau melakukan tugas lain yang banyak menggunakan otot tangan.

Lama-kelamaan, rasa sakit itu datang berterusan, dan akan bertambah teruk tibanya waktu malam.

Saya terpaksa memakai pendakap pada pergelangan tangan sepanjang baki kehamilan saya dan menahan kesakitan pada waktu malam.

Nasib baik selepas anak saya dilahirkan, edema ini beransur kurang dan sindrom carpal tunnel saya bertambah pulih.

Saya berhenti memakai pendakap beberapa bulan selepas itu. Tapi keadaan tangan saya tidak pulih sepenuhnya.

Apabila melakukan kerja untuk masa yang lama, contohnya menaip, saya dapat merasakan jari manis saya akan mula kebas dan keadaan ini akan kekal begitu selama beberapa jam.

Saya perlu berhenti dan berehat dari semasa ke semasa supaya rasa sakit itu boleh berhenti.

Walaupun keadaan saya jauh lebih teruk semasa saya hamil, ia masih boleh memberi kesan kepada cara saya berkerja.

Sekira ibu-ibu mengalami tanda-tanda ini, bincanglah dengan doktor anda. Sekurang-kurangnya, doktor mungkin boleh memberi pertunjuk dan cara untuk mengurangkan keadaan ini.

Semoga perkongsian ini bermanfaat!

Sumber: PopSugar dan MyHealth

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *