“Beli Borang RM50 Untuk Layak Di Interview” – Career Fair Penipu

Aku dah lama tak buka facebook ni atas sebab2 tertentu…tapi hari ni aku buka juga fb ni untuk aku bagitahu pada orang lain yang mungkin ada NIAT ATAU BERHAJAT nak pergi ke CAREERFAIR PENIPU di TABUNG HAJI HOTEL KEPALA BATAS KEDAH…Aku akan cerita pada semua pengalaman aku sendiri pergi ke fair tu sebab aku rasa sangat2 teraniaya..niat di hati nak pergi la cari kerja sebab dah lama sangat menganggur so aku set masa dengan bff aku nak pi jobfair ni pukil 11 pagi pada hari ni SABTU 30 SEPTEMBER 2017.

Tapi dsebabkan masalah teknikal member aku ni terpaksa datang lambat..so aku pun berjalan la sorang2 msuk perkarangan TH HOTEL NI…aku tengok punya la ramai orang kat luar dok beratur tengah panas…aku nampak semua dok pegang borang..aku tanya kat sorang budak ni nak ambil mana borang…aku beratur pi ambil dan kembali ke barisan paling belakang sekali untuk beratur…bermula lah episod sakit hati,sakit kepala, sakit kaki…sebabnya aku beratur hampir 2 jam…aku ulang nah.. 2 JAM TAU!!tu pun xdpt masuk lagi…aku simpan semua penat marah aku ni sebab kena beratur macam nak pi perhimpunan sebab aku sorang2!!!!

Screenshot_396.png

TIBA2 ada sorang management dari pihak PENIPU ni dtg dekat dengan aku dok bagitahu budak sebelah aku ni kata depa tak paksa pun beli borang yang berhrga rm10 untuk SATU BORANG…aku biarkan dia cakap semua benda bodoh tu…dan aku minta laluan pada budak sebelah aku untuk tanya pada pihak management tu…SOALAN FIRST AKU ADALAH “KALAU SAYA BELI SATU BORANG SAJA,BERAPA PERCENTAGE SAYA AKAN DAPAT JOB NI?”..dan dia jawab “KAMI TAK PAKSA BELI 5 BORANG”…disitu aku dah panas hati sebab soalan aku tak dijawab…Then kat situ aku dah mula tanya soalan bertalu2 dan mempersoalkan dia setelah aku beratur 2 jam then aku kena keluarkan duit RM50 pula untuk beli borang???sistem bodoh apa mcm tu????dia xjwb soalan aku dan asyik tukar topic sebab semua orang dah mula tengok aku dan dia…

PERINGKAT YANG PERLU DI LALUI

STATION 1-Dengar taklimat sebelum masuk ambil borang

STATION 2- WAJIB beli borang RM10 tapi minimum perlu beli 5 borang TOTAL RM50

STATION 3- Bayar lagi RM50 untuk dengar seminar sebelum Interview

STATION 4-Masuk dewan utama, tetapi hampeh compny banyak jual barang dan pameran.

Screenshot_395.png

Dan soalan terakhir ni membuatkan aku dah tak tahan dengan penipu ni..” KALAU KATA SAYA TAK BAWA DUIT LANGSUNG HARI NI…dan pihak awak langsung tak bagitahu di advertisement tu kata kena beli borang rm10 untuk satu borang…dan saya dah pun beratur selama 2 jam untuk masuk ke dalam ni…apa yang saya nak buat kat dalam tu untuk apply kerja?” Dan jawapan bullshit dia adalah “Cik boleh datang esok dan bawa duit”…Aku terus cakap…”Awak nak suruh saya beratur dua jam dan hadap penat ni skali lagi dan awak minta duit saya rm50 pula?!!!!memang gila jobfair nie…memang sangat bodoh semua ni!!!!”…aku terus angkat kaki dengan perasaan yang marah bengang…sebab aku rasa diperbodohkan!!!THIS IS TOTALLY BULLSHIT!!

Screenshot_393.png

Sorry sebab aku tulis pnjng sgt…tapi aku nak sapa2 yang baca ni faham perasaan aku betapa kecewanya kita yang tak ada kerja ni…dianaiya macam ni pula…so pesanan aku,tak payah la membodohkan diri esok untuk pi ke TH HOTEL…

Sumber: GroupPendudukAlorSetar/Jitra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *