#Bajet2018: Kelantan dianaktirikan?

Kelantan terus mendapat manfaat melalui Bajet 2018 yang membuktikan kerajaan Persekutuan tidak meminggirkan negeri ini, kata Pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata melalui Bajet 2018, Kelantan bakal menikmati pelbagai manfaat yang akan dilaksanakan oleh kerajaan Persekutuan termasuk kemudahan infrastruktur.

Dalam bajet itu, Kelantan mendapat peruntukan khusus bagi pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa, projek tebatan banjir, Lebuh raya Central Spine Road dari Gua Musang, Kelantan ke Kampung Relong, Pahang serta projek jalan kampung di seluruh negeri ini.

“Ini menunjukkan prihatinnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada kepada rakyat Kelantan,” katanya yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno¬†Kelantan kepada pemberita selepas melancarkan penubuhan Pertubuhan Usahawan Getah Bumiputera Malaysia (PUGBM) Negeri Kelantan di Jeli, hari ini.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berharap tumpuan terhadap Kelantan melalui bajet tersebut dapat menghentikan suara pihak tertentu yang menabur dakyah kononnya kerajaan pusat pimpinan Barisan Nasional menganatirikan negeri ini.

Sumber: Malaysiakini (https://www.malaysiakini.com/news/399877#YXDuLeGHx6xYCvYA.99)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *