“Ayah Baru Meninggal Tapi Dia Tak Layak Ke Syurga”

Sejak dari darjah 1 dia menjadi anak murid saya. Setiap tahun juga dia mendapat nombor 1 di dalam kelas. Bijak. Kalau suruh menghafal dialah yang akan ke depan dulu. Namun semua hamba layak diuji.

Dia Diuji oleh Allah dengan kehilangan seorang ayah di usia mentah ..baru berusia 9 tahun ketika tu. Saya lihat dia kuat sangat. Raut wajahnya tak pernah nampak sedih. Sentiasa ceria seolah-olah tiada apa yang berlaku.

3 hari selepas pemergian ayahnya, saya nampak dia sedang duduk di mejanya. Lega saya melihat dia hadir lantas sayap panggil dia datang ke meja saya.

‘Takziah atas  kehilangan ayah awak. Ustazah baru tahu. Banyakkan sedekah Al-Fatihah pada arwah. Banyakkan mengaji untuknya.” Dia mengangguk faham dan tersenyum manis pada saya.

”Ustazah malam ni ada tahlil kat surau untuk ayah.. ustazah datang ya..”

Senyuman ikhlas terukir di wajahnya. Seolah tiada rasa sedih langsung. Saya terdiam sejenak.. maklumlah bukan senang nak keluar malam – malam ni.. anak – anak saya masih kecil. Tapi saya masih beri harapan padanya supaya dia merasa lega.

”InshaAllah.. kalau ustazah dapat hadir.. kita jumpa malam ni.”

”Ustazah datang ya..”

Saya mengangguk di hadapannya tapi di dalam hati saya masih memikirkan cara untuk hadir ke majlis tahlil arwah ayahnya. Kebetulan pula suami saya bekerja di luar kawasan malam itu.

Esoknya..

”Maaf ya.. ustazah tak dapat hadir malam tadi..” Ujar saya.

”Takpe ustazah.. ramai orang datang. Kawan – kawan pun ramai. ”Lega saya mendengar kata-katanya. Ya Allah.. kuat sungguh dirinya. Teringat pula ketika saya kehilangan seorang insan yang saya sayang pada umur 30 tahun, sedih sampai tak lalu makan. Tapi.. dia rileks jer. Kuat sungguh anak ini. Semoga Allah melindunginya selalu.

Ketika waktu rehat.. saya panggil dia ke meja saya. ”Boleh ustazah tanya sikit..?”

”Tanyalah.. ustazah nak tanya apa..?” Ujarnya.

”Awak rindu ayah tak..?” Sengaja nak tahu apa yang tersirat di dalam hatinya.

Dia diam.. dan tunduk..

”Kalau rindu.. awak buat apa..?”

”Saya baca Al-Fatihah untuk ayah. Saya baca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-nas..” Dia masih tunduk. Bimbang pula dia menangis. Saya cuba mencari ayat – ayat yang sesuai untuk memujuk.

”Untung ayah awak.. Allah sayang dia.. nanti Allah jagakan dia.. sampai awak boleh jumpa dia semula.”

”Ustazah.. ayah saya mungkin tak dapat masuk syurga..” katanya.

Saya terkejut. Sungguh.. bagai terhenti jantung saya mendengarnya.

”Kenapa awak cakap macam tu.? Tentulah boleh ayah masuk syurga.

Semua orang layak masuk syurga kalau ikut perintah Allah..” saya cuba menenangkannya.

”Tapi ayah saya tak solat.. setiap hari ayah hanya duduk di kerusinya. Kakinya bengkak. Mak saya tak berdaya nak angkat ayah ambil wudhu’.
Mak saya mengandung. Mana boleh masuk syurga kalau tak solat..” Dia mula meluah isi hatinya.

Capture

Sayu sungguh saya rasa masa tu. Airmara saya mula bergenang tapi saya tahankan supaya saya nampak kuat di matanya.

” Ayah cakap kat saya.. nanti jangan tinggal solat. Ayah ni tak sempat buat ibadah betul – betul.. masa sihat ayah lupakan Allah. Anak – anak ayah kene doakan ayah nanti.” Raut wajahnya tampak sedih. Tapi dia tak menangis. Saya sapu kepalanya perlahan. Masa tu air mata saya tertumpah juga..

Air matanya juga bergenang

Allah..

Jagalah dia..

”Jangan sedih ya.. mari kita doakan supaya ayah ditempatkan bersama orang – orang yang beriman. InshaAllah.. Allah Maha Pengampun. Ingat pesan ayah.. solat jangan tinggal.. doa anak soleh ni boleh bantu ayah juga.;;

Dia mengangguk faham dan terus pergi ke mejanya dan lalu mengeluarkan Al-Quran. Saya hanya mampu mendoakannya supaya satu hari nanti dia berjaya cemerlang di dunia dan akhirat. Semoga Allah sentiasa melindungi anak yatim ini.

#BilaUstazahEibeMenulis
#KlikShareJikaBermanfaat

Sumber: Cite Heboh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *