Asal Usul & Resepi Nasi Kerabu

Nasi kerabu ialah satu hidangan nasi yang dimakan bersama ulam-ulam yang dijadikan kerabu. Antara ulam yang biasa dijadikan kerabu ialah kacang panjang, mentimun, daun kesom dan taugeh. Nasi berkerabu ulam ini dimakan bersama sambal ikan, telur masin, ikan goreng, ikan bakar, daging bakar, keropok, bawang jeruk, tumis dan budu (sos ikan bilis).

Tidak diketahui dengan jelas asal usul nasi kerabu, tetapi dalam masyarakat Melayu tradisional dan masyarakat Siam, ulam menjadi makanan harian mereka. Di Thailand, nasi kerabu dikenali sebagai Khau Jam. Tidak banyak perbezaan di antara nasi kerabu dengan khau jam, kecuali perbezaan citarasa tumis dan bahan yang dijadikan sos sahaja.

Terdapat pelbagai variasi Nasi Kerabu yang berdasarkan kepada warnanya. Terdapat Nasi Kerabu Kuning, Nasi Kerabu Putih, Nasi Kerabu Hitam dan Nasi Kerabu Biru.

Perbezaan warna adalah disebabkan penggunaan bahan herba yang berlainan. Penggunaan Bunga Telang (Clitoria) akan menjadikan warna nasi tersebut biru. Penggunaan daun atau herba na-dam dalam bahasa Siam menjadikan warna nasi hitam. Penggunaan pewarna kunyit pula menjadikan nasi berwarna kuning. Sebaliknya nasi yang tidak dimasukkan bahan pewarna berasaskan herba atau pewarna tiruan akan menjadikan nasi tersebut putih seperti nasi biasa.

Berdasarkan penyelidikan kami, kebanyakan pelanggan suka makan nasi berwarna biru, kuning atau hitam. Alasan mereka ialah rasanya yang lebih sedap. Ini adalah kerana nasi kerabu hitam, kuning atau biru menggunakan herba semulajadi. Bahan herba menghasilkan warna nasi yang boleh membangkitkan selera dan menjadikan aromanya lebih wangi. Sebaliknya nasi kerabu putih rasanya biasa sahaja tanpa menimbulkan aroma yang wangi.
Percaya atau tidak, di Tawau, Sabah ada juga nasi kerabu Kelantan disana. Ini adalah kerana terdapat komuniti Kelantan yang menetap disana sebagai kakitangan awam turut menjual makanan tradisi ini.

.

RESIPI NASI KERABU
Bahan-bahan ( 4-5 orang makan )
3-4 pot beras

1/2 biji kelapa parut

2 ekor ikan kembong (rebus)

5 ulas bawang merah

1/3 keping gula melaka

sedikit lada hitam

1 inci halia

daun kesom

kacang panjang

kubis

taugeh

cili padi

1 biji limau nipis

cuka

budu

1 sudu besar gula
Cara-cara
Basuh beras dan masak seperti biasa. Kalau suka, boleh tambahkan sedikit pewarna. (Biasanya nasi kerabu berwarna biru @ kuning).

.

Untuk sambal kelapa : 

Tumbuk bawang merah dan halia sehingga lumat, masukkan lada hitam, tumbuk lagi dan masukkan gula melaka dan gula. 

.

Seterusnya masukkan ikan yang telah direbus dan dibuang tulang. Tumbuk sehingga lumat dan sebati semua bahan2 tadi. 

.

Ketepikan, Goreng kelapa parut sehingga agak keperang-peranggan. setelah itu, masukkan ke dalam mangkuk dan campurkan bahan2 yang ditumbuk tadi. 

.

Gaul sehingga semua bahan sebati dengan kelapa goreng.

.

Untuk kerabu: Potong kacang panjang, daun kesom dan kubis. Gaulkan sekali dengan taugeh.

.

Untuk Sambal cili: Tumbuk cili bersama sedikit gula dan garam. Perahkan limau nipis dan masukkan sedikit cuka.
Akhir sekali, hidangkan nasi kedalam pinggan, letakkan sambal kelapa, kerabu, sambal cili dan budu. Untuk lebih sedap, makan bersama daging panggang, telur masin dan keropok.

.
Sumber: Yusofsipan & Sejarah Kelantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *