8 Kesilapan Yang Sering Dilakukan Traveller Baru

Masih ingat waktu pertama kali anda keluar mengembara? Apa kesilapan pertama yang anda lakukan? Tak dapat dinafikan, boleh dikatakan hampir semua orang pernah melakukan kesilapan pada waktu pertama kali mengembara. Melakukan kesilapan pada ‘trip sulong’ sebenarnya bukanlah sesuatu yang teruk. Tapi, tidak belajar daripada kesilapan tu yang salah.

Dalam satu artikel yang dikeluarkan oleh laman web Australia Traveller, terdapat beberapa jenis kesilapan yang sering dilakukan traveller baru pada trip pertama. Senarai ini anda boleh jadikan sebagai panduan serta rujukan untuk trip yang akan datang nanti. Paling menarik, perasaan terlalu teruja mungkin boleh menjadi kesilapan awal.

1. Terlebih Tempah

Terlebih tempah atau ‘overbooking’ ini antara kesilapan yang biasa dilakukan oleh mereka yang nak semuanya berjalan sempurna seperti yang dirancangkan. Bermula dari tempahan hotel pada setiap destinasi yang ingin dilawati, tempahan pengangkutan, beli tiket bas, kereta api atau booking pemandu peribadi terlalu awal.

Harus diketahui, semasa travel bukan 100% seperti yang dirancangkan akan berjalan lancar. Kita juga harus bersedia dengan segala kemungkinan perubahan yang bakal berlaku. Boleh buat tempahan awal, tapi jangan tempah segalanya dari A hingga Z. Sebabnya, bila berlaku sesuatu perkara yang memaksa anda untuk mengubah perancangan, anda tidak akan rasa down. Duit pun tak membazir.

2. Guna Travel Agent Sepenuhnya

this-is-the-only-reason-you-should-use-a-travel-agent-to-book-a-trip

Guna khidmat travel agent tak salah. Kalau anda jenis yang nak semunya disiapkan dan cuma tinggal bawa diri, travel agent adalah pilihan yang paling tepat. Tapi sebenarnya, anda boleh gunakan khidmat travel agent hanya untuk servis-servis tertentu dan bukan sepenuhnya. Contohnya untuk permudahkan permohonan visa, tempah tiket penerbangan atau hotel yang mungkin boleh didapati pada harga lebih murah. Cara ini lebih jimat berbanding anda guna perkhidmatan travel agent 100%.

3. Takut Dengan Orang Tempatan

Tak semua, tapi ada sesetengah traveller ambil langkah terlalu berhati-hati 200% sehinggakan rasa semua orang tempatan tak boleh dipercayai. Mereka yang jenis ini biasanya hanya mempercayai ‘pekerja beruniform’ sahaja. Contoh, bila bertanyakan sesuatu mereka lebih cenderung untuk bertanya pada polis, pekerja di stesen kereta api, pihak hotel dan yang berkaitan sahaja.

Dari segi keselamatan mungkin bagus, tapi kalau dari segi pengalaman ‘blend with locals‘ anda ada kekurangan di situ. Orang kata, nak kenal budaya orang lain kita mesti bergaul rapat dengan mereka. Betulkan? Jadi, jangan terlalu paranoid.

 

4. Mangsa Scammer

scam1

Sebab nak semuanya berjalan lancar, ramai orang lebih suka ambil jalan paling mudah, dan mereka seperti inilah yang selalu menjadi mangsa penipuan. Untuk elak menjadi mangsa Si Scammer, perkara penting untuk anda tahu adalah buat researchsebaiknya terlebih dahulu pada destinasi yang anda nak pergi nanti.

5. Nak Lihat Semua Benda

Bukan selalu dapat peluang travel ke luar negara, kalau boleh semua tempat menarik kita nak lawat. Perasaan nak lihat semua benda ni pun sejenis kesilapan semasa travel. Ada perbezaan antara ‘lihat’ dan ‘rasa’ semasa travel.

Kalau sekadar nak lihat, gambar di internet pun kita boleh tengok. Menikmati ‘rasa’ suasana di satu-satu tempat itu yang penting. Sebaiknya, ambil masa dan nikmati percutian anda puas-puas. Boleh ada wishlist, tapi jangan dikejar sangat. Enjoy baik-baik apa yang ada depan mata.

6. Salah Kira Kos

‘Travel 5 hari ke Australia dengan bajet RM1000″, biasa baca artikel macam ini? Ramai yang masih tak faham dengan perkongsian artikel sebegini. Perkongsian artikel jenis itinerari ini sebenarnya hanyalah sebagai panduan atau rujukan sahaja. Biasanya artikel-artikel sebegini lebih kepada tips semasa travel, bukan untuk ditiru 100%. Pengalaman setiap orang tak sama, tapi kita boleh ambil pengalaman orang lain untuk dijadikan rujukan.

7. Bawa Terlalu Banyak Barang

too_much_luggage

Ini yang paling banyak terjadi. Rata-rata traveller yang saya jumpa semua berkongsi pengalaman yang sama pada waktu kali pertama mengembara iaitu bawa terlalu banyak barang. Memang susah sebenarnya nak agak barang apa yang perlu bawa, biasanya akan bawa banyak sangat pakaian sampai overpacking. Baju tak perlu bawa banyak sangat, semasa travel bukan ada masa nak tukar-tukar baju. Kena elok, satu baju pakai sampai malam.

8. Beli Banyak Barang

Perkara biasa terjadi buat mereka yang pertama kali travel, mesti akan beli pelbagai jenis cenderahati nak bawa balik. Kalau boleh semua orang yang kita kenal nak beri cenderahati, itu belum lagi barang yang kawan kirim tapi tak beri duit. Sewaktu travel, sebaiknya elak terlalu banyak sangat shopping. Membazir duit dan masa. Kurangkan waktu shopping dan lebihkan waktu explore.

Ingat, peluang travel ini bukan selalu ada. Ada orang ada duit tapi tak ada masa, ada orang ada masa tapi tak ada duit. Ada orang ada masa dan ada duit tapi tak ada kesihatan yang baik. Jadi, maksimalkan peluang yang ada ini sebaik mungkin.

Terdapat banyak lagi kesilapan yang sering dilakukan traveller buat pertama kali, antara yang lain adalah abaikan kepentingan travel insuran, tak aktifkan pengeluaran debit antarabangsa dan paling tak seronok adalah tersalah pilih kawan yang boleh merosakkan mood travel.

 

Sumber: The Vocket

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *