5 Daripada 10 Wanita Paling Berpengaruh Dalam Dunia Kewangan Islam Ini Ialah Dari MALAYSIA!

Berikut adalah senarai 10 wanita yang paling berpengaruh di dunia hari ini dalam bidang perbankan dan kewangan Islam.

Kebanyakan dari mereka adalah Chief Executive Officer (CEO) dari pelbagai organisasi dan syarikat gergasi yang menawarkan perkhidmatan kewangan dan perbankan Islam.

  1. Stella Cox – CEO & Managing Director of DDCAP Group – UK

Beliau memainkan peranan yang sangat signifikan dalam bidang ‘liquidity management‘ berdasarkan lunas Islam.

Melalui DDCAP Group yang berpengkalan di United Kingdom, beliau menerajui organisasi tersebut dalam perbincangan akademik dan advokasi berkaitan perbankan Islam.

     2. Dr. Sofiza Azmi – CEO of Edbiz Consulting – UK/Malaysia

Beliau sebagai ketua editor kepada Global Islamic Finance Report (GIFR), percaya bahawa kedudukannya itu dapat banyak membantu memberi buah fikiran mengenai dunia perbankan Islam.

AAEAAQAAAAAAAAnYAAAAJDFkYzU2YmZmLWQ5NmUtNDJjZS1iMjJjLTcxN2ZhNzFmMDY1Mg

Di samping itu, beliau juga menjadi editor kepada banyak majalah/journal dan laporan yang semuanya berpengkalan di UK.

Dr Sofiza Azmi juga merupakan Pengarah Program Cambridge Islamic Finance Leadership Programme (Cambridge-IFLP)

     3. Fozia Amanullah – CEO of Alliance Islamic Bank – Malaysia

Beliau merupakan wanita pertama di dunia yang menjadi CEO kepada  sebuah bank Islam (Alliance Islamic Bank).

Tidak ada mana-mana wanita yang pernah menduduk kerusi CEO mana-mana bank (Islam) pun di dunia sebelum ini.

AAEAAQAAAAAAAAndAAAAJDI5NzY4YmI5LWRjNTktNDAwOS1hYjMzLWFhZDk0YzM5MGQ1Mw

Walaupun menjawat jawatan yang paling tinggi dalam organisasi tersebut, beliau merupakan seorang yang amat merendah diri, dan kerana itu, namanya jarang disebut sebagai salah seorang wanita yang berpengaruh dalam perbankan Islam.

    4. Farmida Bi – European Head of Islamic Finance at Norton Rose Fulbright – UK

Farmida Bi adalah Head of Islamic Finance – Europe at Norton Rose Fulbright, dan beliau merupakan satu-satunya wanitanya yang digelar “leading individual’ dalam kewangan Islam di Chamber UK 2016.

    5. Sharizad Jumaat – CEO of RHB Islamic International Asset Management – Malaysia

Mempunyai latar belakang yang luar biasa dalam pengurusan aset, Sharizad Jumaat adalah seorang ‘Islamic fund manager’ yang sangat berpengaruh.

Sebelum itu beliau merupakan CEO kepada AMANAH RAYA Investment Management.

    6. Sabeen Saleem – CEO of Islamic International Rating Agency – Bahrain/Pakistan

CEO kepada Islamic International Rating Agency ini sekarang menetap di Bahrain di mana IIRA berpengkalan.

    7. Dr. Engku Rabiah Adawiah Ali – Professor at IIUM Institute of Islamic Finance – Malaysia

AAEAAQAAAAAAAA3nAAAAJGZjYmQzYzRlLTYzZTAtNDU0My1iZjk4LTQ1Mzc5YjIyMWE4OA

Sejajar dengan tugasnya sebagai pensyarah, beliau banyak menginspirasikan anak-anak muda, wanita terutamanya untuk mengorak langkah lebih jauh dalam bidang ini.

   8. Dr. Aishath Muneeza – Former Deputy Minister of Islamic Affairs, the Maldives / Malaysia

Sekarang, sebagai Pembantu Profesor di International Centre for Education in Islamic Finance (INCIEF) beliau banyak terlibat menyumbang buah fikirannya dalam perbankan dan kewangan Islam.

Sebelum itu, beliau merupakan Timbalan Menteri Hal Ehwal Islam di Maldives. Wanita pertama yang menjawat jawatan tersebut.

    9. Fatima Qasimi – CEO of Aseel Islamic Finance – UAE

Berkhidmat sebagai CEO Aseel Islamic Finance, beliau telah lama bergiat aktif dalam perbankan Islam.

Menerajui Aseel Islamic Finance, beliau telah membawa syarikat tersebut ke satu tahap yang lebih tinggi, berbekalkan pengurusan perniagaan yang diselia beliau sendiri.

   10. Dr. Azura Othman – CEO of CIIF – Malaysia

Wanita muda ini merupakan CEO kepada Chartered Institute of Islamic Financial Professionals (CIIF) dan sangat aktif menyumbang dalam dunia perbankan Islam.

zeti_wrapup_150814

Walaubagaimanapun, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz tetap menjadi ‘all time number one‘ dalam senarai wanita yang paling berpengaruh dalam dunia perbankan Islam atas pencapaian luar biasa beliau. Dan ya beliau juga dari Malaysia.

Diolah Dari Sumber Asal : Linkedin.com via QuranicGen

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *